Friday, July 13, 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA….


Assalamulaikum…

Dalam Islam, ikatan pernikahan dilafazkan dengan akad dan nikahnya…Sifatnya cukup sempurna, sehingga ada yang menitiskan air mata…Walaupun pada dasarnya ikatan pernikahan bertujuan menghalalkan perhubungan dan mewujudkan ganerasi sihat, tapi, penah tak kita fikir sejauh mana pengertian nikah yang tersirat…Yang kita Nampak pada pandangan mata kasar memanglah setakat majlis meriah, ada tok kadi, pengantin cantik, hantaran, dan lain-lain…

Pada sisi lain sebenarnya ikatan pernikahan lebih dari sekadar apa yang terzahir…Lafaz akadnya yang sepatutnya kita hayati, bukan besarkan mata, lebarkan telinga kutuk itu dan ini…Saya pernah jadi jurugambar pada majlis perkahwinan kakak saya yang sulung…Dan saya sangat-sangat bersyukur kerana bukan sahaja diberi peluang merakam detik bersejarah kakak sulung saya, malah saya buat kali pertamanya mendengar setiap butir bicara dalam proses akad nikah…Yang paling lama tu lafaz taklik…Panjang giler…Saya yakin tak ramai pengantin lelaki yang ingat apa isi kandungan lafaz taklik tu…Bukan apa, panjang sangat, sampai nak tertidur….

Tapi, kalau difikir-fikir balik, sebenarnya segala proses yang ditetapkan tu memang ada hikmahnya…Yela, ingat nikah ni senang??? Silap-silap ada yang nervousnya mengalahkan lagak gaya orang yang nak amik SPM…Tapi, kalau kita hayati isi kandungannya, memang boleh buat air mata menitis…Terfikir masa saya kahwin nanti, saya nak mintak tok kadi tu fotostatkan lafaz taklik tu…Nak framekan…Bukan apa, sekadar buat pedoman untuk kami suami isteri….

Tapi hairan, kenapa ada yang mahu menyembunyikan status perkahwinan mereka…Tak terasa ke pengorbanan yang mereka lakukan semasa ingin berkahwin dulu??? Kalau ada yang mengadu perkahwinan mereka tak bahagia ataupun berkahwin atas dasar terpaksa, saya suka minta gambar kahwin mereka…Sebabnya??? Ntahlah, serasa ada satu perasaan yang sukar digambarkan bila tengok gambar tu...

Yakinlah bahawa setiap pasangan yang diberi berkat berumah tangga itu rahmatnya besar…Walaupun banyak dugaan yang mendatang, fikir-fikirkanlah kenapa satu perkara tu harus terjadi…What goes around comes around…Bukan nak suruh menyesal ke  apa, Cuma jangan terlalu menyalahkan satu pihak bila timbul permasalahan dalam rumah tangga…Saya sekadar berkongsi pendapat…Kurang harap maafkan dan harap kalian terima seadanya….

Tuesday, July 10, 2012

OUH JEP SEPAHTU


Assalamualaikum…..

Saya sekarang tengah gila tengok citer Karoot Komedia X..Sebab utama sebab Jep ada…Boleh kot kan guna alasan tu??? Yela, kalau tak, mana mungkin ini entri wujud….Iye dok??? Kalau dah nama artis, bukan pelik kalau ramai giler orang akan minat kat dia…Sudahlah mukanya smart abes, suara pula sedap macam Ramli Sarip, senyuman menawan, haihhhh…..


 
Saya tanak letak biodata lengkap Jep ni sebab rasanya dah melambak orang sana sini citer pasal Jep…Tapi, barang diingat, bukan senang der nak carik info pasal Jep ni…Bukan sesenang taip “JEP SEPAH” sahaja sudah keluar menimbun info….Satu benda saya tabik kat Jep ni, walaupun dia boleh dikatakan sudah mengecapi alam penuh glamour dia tetap kekalkan low profile…Tak pernah langsung sombong ke, bongkak ke, angkuh ke….

Secara jujurnya, saya menulis ni atas dasar meminati seorang figura umum sahaja…Walaupun suara serak-serak basah Ramli Saripnya memang saya adore sangat-sangat, tapi cukuplah sekadar saya meminati sikap dan bakatnya sahaja….Lagipun, takut la plak kalau ada peminat tegar berani mati Jep serang saya sebab entri ni plak….

Tapi, nak kata saya fanatic kat Jep pun tak boleh gak…Sebenarnya saya baru tahu nama sebenar Jep tu ialah Mohd Nazri Bin Zainal Abidin…Selama ni saya ingat nama dia Jeffry ke sebab tu panggil Jep…Ni Nazri panggil Jep, bukankah itu satu benda yang agak pelik??? Tak kesahlah, nama panggilan dia, ikut suka kat dia la…Lagipun, takde plak saya mengelike fanpage dia…Nampak sangat kan saya tak fanatic ngan dia???

Satu minat saya pada Jep ialah sebab sikap dia…Dia pada saya sangat menjaga profil dia…Even kalau tengok dalam Karoot Komedia pun Nampak sopan je dia kan??? Takdelah macam ada sesetengah tu yang bila dihadapkan dengan wanita jelita, perghh…Nak baca sisi tidak baik kat Jep ni pun payah…Tak caya try google…Memang tidak akan keluar 100% pasal Jep…Ada pun cerita sama, info sama diulang-ulang…

Jep…Eh, macam takde kena mengena plak nak panggil nama camtu…Nak panggil Nazri jela pasni, boleh kan?? Nama kan satu doa, chewahhh…Pehal saya macam sedang bersyarah pula kan??? Kalau anda terbaca ini ( kalaulah..), semoga Berjaya dalam bidang yang anda ceburi dan teruskanlah menjaga imej baik anda…Dan….Semoga bertemu jodoh, hehhehe….Best of luck…..



Tuesday, July 3, 2012

ADUHAI SAMAN(S)

Assalamualaikum....

Harini nak citer pasal saman...Saman ni dah macam sebati ye tak untuk driver-driver...Yela, kiranya kalau sekali tak penah kena saman tu rasa cam takde nak thrill sangat la hidup ye tak??? Lagi-lagi yang dok bandar-bandar besar yang jemmed dah jadi rutin harian...Kalau tanya kat sesapa pun, mana ada orang yang akan jawab " saya ada saman and i'm so happy with it"...Kalau ada, sahlah dia tu otaknya tak bape nak betul sangat.....

Kalau dah saya buat entri pasal saman, mestilah sebab saya pun penah kena saman(s)...Letak "s" dalam kurungan sebab nak tunjuk berapa banyak kena saman, hahahaha....Sebab saya ni jenis kedekut nak check saman through SMS, maka daftarkan diri kat myeg...Jadi, boleh tambah stress bila tengok saman melambak...

Caranya mudah...Cuma perlu key-in no kad pengenalan korang and klik butang submit....Hasilnya???

Taraaaa....Ni makan dia....Eyh, pehal myeg ni salah eja nama saya ni?? Sengaja kan??? Jom saya story satu-satu saman saya...Motif?? Untuk pengajaran mungkin kat korang-korang so korang tak sama join saya dapat saman ni.....Hehehehe....

WHQ XXXX.....Lost Control...Masa ni saya ingat lagi, saya baru balik dari Pejabat Kedutaan Bangladesh di Malaysia...Sebuah kenari telah emergency break secara tiba-tiba hanya kerana kon merah di tengah jalan...Biasanya orang belakang memang akan dipersalahkan tak kesah la korang langgar dia ke, dia langgar korang...Cik kenari tu suruh saya ganti bumper dia yang pecah...Banyak cantik, abes tu kete ayah saya yang serak hon, pecah spotlight, bumper hancur tu sape yang nak ganti?? Ha? ha? 

DAV XXXX....Sudahlah kena kerja hari ahad, saman pula datang...Haihhh, nasib-nasib....Kadar sakit hati kurang sebab sebaris kereta yang park kat kawasan yang sama pun kena saman gak, thehehehe....Pelik bila agent company saya slamber je cakap dah berderet saman dia dapat sebab park kat situ...Bangunan punyalah banyak, parking lot bagi sekangkang kera tanah tu je?? Pulak tu, bila hujan, siaplah berlopak-lopak...

DAV XXXX....Sekali lagi saya kena saman...Kali ini sebab speedtrap...Nak marah encik yang pegang kamera menyorok kat tepi jambatan tu pun tak boleh...Bukan dia nak sangat pun dok sana berjam-jam...

Hah, nampak cool bukan pemandu berkenaan??? Dah la keretanya warna menyerlah tanak kalah, pemandu pula nampak sangat bergaya letak tangan atas stereng camtu.... Kaw hadoo gambar camni...Eksklusif okay??? Kereta terpilih je yang mampu ada gambar camni tahu?? Hahahahaha....

WPN XXX....Haaa, yang ni bukan saya pemandunya....Orang lain....Cuma kereta ni didaftarkan atas nama saya...Parking sesuka hati punya pasal la ni kot.....

Jumlah saman saya setakat ini ialah RM1000....Wahh, tengok amaun je dah cukup buat kepala berpinar-pinar....Apatah lagi bulan 8 ni roadtax insurans nak expired...Haduiyai....Pening-pening.....

Moral of the story....Weyh, bila kerajaan nak bagi diskaun saman lagi ni, pilihan raya dah nak dekat, wakakakaka....