Assalamulaikum…
Dalam Islam, ikatan pernikahan dilafazkan
dengan akad dan nikahnya…Sifatnya cukup sempurna, sehingga ada yang menitiskan
air mata…Walaupun pada dasarnya ikatan pernikahan bertujuan menghalalkan
perhubungan dan mewujudkan ganerasi sihat, tapi, penah tak kita fikir sejauh
mana pengertian nikah yang tersirat…Yang kita Nampak pada pandangan mata kasar
memanglah setakat majlis meriah, ada tok kadi, pengantin cantik, hantaran, dan
lain-lain…
Pada sisi lain sebenarnya ikatan pernikahan
lebih dari sekadar apa yang terzahir…Lafaz akadnya yang sepatutnya kita hayati,
bukan besarkan mata, lebarkan telinga kutuk itu dan ini…Saya pernah jadi jurugambar pada majlis perkahwinan kakak saya yang
sulung…Dan saya sangat-sangat bersyukur kerana bukan sahaja diberi peluang
merakam detik bersejarah kakak sulung saya, malah saya buat kali pertamanya
mendengar setiap butir bicara dalam proses akad nikah…Yang paling lama tu lafaz
taklik…Panjang giler…Saya yakin tak ramai pengantin lelaki yang ingat apa isi
kandungan lafaz taklik tu…Bukan apa, panjang sangat, sampai nak tertidur….
Tapi, kalau difikir-fikir balik, sebenarnya
segala proses yang ditetapkan tu memang ada hikmahnya…Yela, ingat nikah ni
senang??? Silap-silap ada yang nervousnya mengalahkan lagak gaya orang yang
nak amik SPM…Tapi, kalau kita hayati isi kandungannya, memang boleh buat air mata
menitis…Terfikir masa saya kahwin nanti, saya nak mintak tok kadi tu
fotostatkan lafaz taklik tu…Nak framekan…Bukan apa, sekadar buat pedoman untuk
kami suami isteri….
Tapi hairan, kenapa ada yang mahu
menyembunyikan status perkahwinan mereka…Tak terasa ke pengorbanan yang mereka
lakukan semasa ingin berkahwin dulu??? Kalau ada yang mengadu perkahwinan
mereka tak bahagia ataupun berkahwin atas dasar terpaksa, saya suka minta
gambar kahwin mereka…Sebabnya??? Ntahlah, serasa ada satu perasaan yang sukar digambarkan bila tengok gambar tu...
Yakinlah bahawa setiap pasangan yang diberi
berkat berumah tangga itu rahmatnya besar…Walaupun banyak dugaan yang
mendatang, fikir-fikirkanlah kenapa satu perkara tu harus terjadi…What goes
around comes around…Bukan nak suruh menyesal ke apa, Cuma jangan terlalu
menyalahkan satu pihak bila timbul permasalahan dalam rumah tangga…Saya sekadar
berkongsi pendapat…Kurang harap maafkan dan harap kalian terima seadanya….
No comments:
Post a Comment