Friday, June 29, 2012

BOS, SAYA NAK MINTAK CUTI


Assalamualaikum….

Semua orang yang telah bergelar pekerja mesti ada entitle cuti tahunan kan??? Dan cuti tahunan berbeza-beza ikut company…Ada company yang ikut bulat-bulat Employment Act 1955 untuk pembahagian cuti tahunan…Company saya?? Haruslah special sikit…Satu bulan bekerja entitle satu hari cuti…Kiraan ialah 12 hari, 18 hari dan 25 hari…Kerja kurang setahun ikutlah bulan…Nak terangkan nanti ada pula yang pening dan terkeliru dengan pembahagian cuti…

Bila dah ada cuti, memang normal kan hati macam meronta-ronta tak puas hati kalau tengok cuti terbiar begitu sahaja…Jadi, cari alasan untuk ambil cuti…Saya sebagai seorang staff yang jaga cuti pekerja yang lain, boleh dikatakan setiap 2 hari ada borang cuti yang sampai kat meja saya…Yang menariknya bila record cuti, saya akan lihat bahagian “REASON”…Jom, saya kongsikan alasan paling femes bila mintak cuti….

1: HAL PERIBADI….Alasan ni dikira paling selamat bila mintak cuti…Yela, takkan la bos nak tanya apa tu hal peribadi kan?? Sebabnya “peribadi” tu da jadi macam umum…Jadi, memang takde hal kalau mintak cuti guna alasan ni…Walaupun mungkin dia sebenarnya nak pergi dating ngan kekasih hati yang kerja di lautan badai yang Cuma boleh balik 6 bulan sekali…Eksited la nak pergi tunggu kat port dengan perasaan berbunga-bunga….

2: FAMILY VACATION….Dah nama vacation kan, haruslah cuti yang diminta tu berdurasi panjang…Yela, mana ada orang pergi bercuti pagi, petang dah leh balik kan?? Alasan ni femes masa cuti sekolah….

3: DAFTAR ANAK MASUK SEKOLAH….Yang ni kebanyakan applicable untuk staf wanita yang sudah berkahwin of course….Jarang tengok bapa-bapa yang ambil cuti untuk ni…Bapa tunggal yang membela anak mungkin….Femes masa hujung tahun dan awal tahun…Bayangkan baru hujung bulan 11 dan submit cuti awal Januari tahun hadapan….

4: PERKAHWINAN….Bukan dia yang nak kawen…Tapi, sepupu sebelah mak dia, anak buah dia, anak sedara ayah dia dan etc…Ada satu kes staf sanggup letak jawatan hanya kerana bos tak approve cuti 5 hari nak attend sepupu dia kawen…Punya lah sanggup…Haishhh….

5: EMERGENCY LEAVE….Alasan ni menarik…Kalau annual leave rules kena apply at least 7 hari sebelum, emergency leave tak perlu…Cuma inform aritu EL, bila datang kerja balik just isi form untuk rekod…Sub alasan EL biasanya KERETA ROSAK, PERIOD PAIN, ANAK TAK SIHAT...Padahal mungkin hanya sebab semalam tengok bola sampai kul 4, 5 pagi, jadi bila bangun je tengok jam dah pukul 8.30 padahal kena masuk ofis kul 8.00 pastu jarak umah ngan ofis ialah 45 min plusplus jammed lagi, memang EL ialah the best solution…Ofis saya fleksible…Masuk lambat, balik pun kena la lambat untuk cover balik…Tapi, tak boleh lambat lebih satu jam….

6: TAK BAGI REASON LANGSUNG…..Yang ni parah….Nak amik cuti tapi tak taw nak letak alasan apa…Sebab baki cuti tahunan masih banyak, maka bos pun approve jela…Cuti korang, hak korang la ye tak???

Sebenarnya, tak kisah la apapun alasan korang untuk mintak cuti…Nasihat saya, EL tu janganlah amalkan selalu…Bukan apa, takut nanti prestasi kerja korang akan terjejas…Bila prestasi dah kurang, maka ia tak langsung akan effect jumlah penerimaan bonus tahunan…Hehehehhee….

No comments:

Post a Comment