Assalamualaikum....
Ingat tak kat last entry saya, saya ada mengeluh kan betapa susahnya otak digunakan untuk merancang hari bahagia...Saya sendiri ambil masa 2 bulan hanya untuk merancang di atas kertas...Memang payah...Yela, siapa kan yang tak nak hari bahagianya berjalan lancar??? Lagi pula, pengalaman kakak dan abang saya yang telah berkahwin pun masih belum mampu bagi gambaran penuh bagaimana merancang dengan baik dan elakkan pembaziran dan sebagainya....
Zaman yang maklumat boleh dicapai di hujung jari ni kadang-kadang bukan bagi manfaat kat semua...Kena pandai gunakan segala kemudahan yang ada...Yang penting mesti ada sedikit kreativiti...Dan mungkin juga masa lapang...Berbalik pada cerita tadi...Sedang saya sibuk mencari itu dan ini sebagai sumber rujukan, saya terpaut pada ini....
-klik pada gambar untuk paparan lebih jelas-
Saya terjumpa ini dekat website seorang freelance designer iaitu ADLAN KHALIDI....Beliau ialah seorang freelance designer yang berasal dari Kuala Lumpur dan buat masa ni menetap di Australia kerana menemani isterinya yang menyambung pelajaran di sana....Maaf, paparan ini berada pada resolusi yang kecil...Untuk paparan lebih besar, kamu semua bolehlah klik SINI...Di sana paparannya lebih memuaskan....
Kreatif...Hanya itu yang boleh saya katakan...Pada saya, melalui lakaran ni, lebih mudah saya dan kamu semua dapat gambaran tentang apa yang perlu dilakukan dan sebagainya...Mereka yang kurang arif tentang adat dan perjalanan serta keperluan dalam merancang hari perkahwinan pun boleh merujuk ini...Thanks to him sebab kurangkan sikit tekanan saya dalam merancang hari bahagia saya pula...
INFO : Saya sedang merencana perjalanan baru menuju perkahwinan merujuk kepada ini...*happy*
Insya-allah kalau masih ada keluarga terutama ibu-ayah tak lagi susah berbanding kakak dulu mak dah tak ada, segalanya atas bantuan kakak-kakak. Lain-lain buat sendiri termasuk gubahan hantaran...
ReplyDeleteMoga dipermudahkan hingga kematlamatnya Rose.
yup, btul tu....thnx a lot kak...:)
Delete