Assalamualaikum….
Saya
seorang yang tak suka pergi keluar makan sorang-sorang…Bosan mungkin…Atau
mungkin sebab makan beramai-ramai lebih seronok lagi-lagi ditambah dengan gossip-gosip
hangat…Mungkin….Lagipun, ofis saya takde kantin macam ofis lain…Tskkk…Makanya,
saya jadi makin malas nak membazirkan minyak kereta semata-mata nak makan
tengahari….Tapi, saya sangat percaya dan yakin juga ada ramai yang macam saya….Penyelesaiannya???
Taraaaa….Ini
lah makanan tengahari faveret saya…Tuna Spread LIGHT Snacky Pack….Kenapa pula harus
perkataan LIGHT tu di CapsLock kan
ye tak??? Sebab LIGHT membawa maksud kurang lemak…Jadi, tak perlu risau
sekiranya kamu sedang berdiet dan risau kalau makan sardine kat ofis balik umah
berat dah bertambah….Variety pun banyak…Masa saya tengok kat Tesco haritu de
ORIGINAL, SALMON DAN LIGHT…Kalau saya terlepas pandang yang lain tu nasib
sahaja la ye?? Hehehehehe….
Sebab
namanya Snacky Pack, harganya juga haruslah nak kene lebih kurang macam harga
keropok kat kedai…RM 3.69 untuk 85g Tuna Spread dan 36g cracker pada saya
sangat berpatutan…Cara menyediakan pun sangat mudah….
Cuma buka tetibe ada sudu kat dalamnya~tipu~
Dan sapu tuna atas
biskut tu…
Pastu leh la dimakan….
Snack
Rate ( ingat cite wayang je ada rate?? ) : 4/5….Satu sebab dia tuna dan saya sangat
suka makan benda yang serupa cam sardine…Dua sebab harganya murah…Tiga sebab
crackernya ialah biskut masin which is dah lama saya tak jumpa atau saya tak
rajin beli…Empat sebab lepas makan saya kenyang…Negatif satu ialah sebab saya
rasa 12 keping cracker tak cukup, wuwuwuwu….
No comments:
Post a Comment