Wednesday, June 13, 2012

Buat Saya Stress

Assalamualaikum....

Perasan tak saya dah letak bride to be widget kat blog saya?? Ye, saya akan menamatkan zaman bujang saya dalam masa setahun....Kami telah secara tidak rasminya bergelar "tunangan"....Walaupun keluarga si dia masih belum datang berjumpa keluarga saya secara rasmi, bukankah frasa tunang itu sendiri merujuk apabila seseorang berjanji akan mengahwini seorang yang lain??? 

Perkenalan kami mudah...Kami teman sekolah menengah yang langsung tak pernah jumpa masa zaman sekolah...Mempunyai cinta masing-masing dan akhirnya bertemu semula disebabkan "facebook chat"...Bolehlah dikatakan ini "cinta muka buku"....Dia telah berjumpa dengan ibu bapa saya dan begitu juga saya telah bertemu keluarganya...Alhamdulillah, hubungan kami direstui...

Perancangan asal, si dia meminta supaya kami diijabkabulkan pada bulan jun 2013....Tapi, itu cuma perancangan...Belum ada kata putus dari keluarga lagipun....Perkara yang baik eloklah disegerakan...Itu kalau cakap la kan??? Tapi, apa yang saya lihat ialah persediaan menghadapi perkahwinan bukan semudah yang disangka....

Sejak kami "bertunang", saya dan dia jadi semakin sibuk...Mana mahu menyelesaikan tugasan pejabat lagi, mana mahu fikirkan perancangan lagi...24 jam terasa tak cukup sebenarnya....Katanya nak buat bajet, nak senaraikan apa yang perlu dilakukan dan disiapkan...Perancangan atas kertas sahaja mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan...Itu baru perancangan, belum lagi bab senarai harga dan sebagainya...

Sudah tidak ada lagi masa atau mood nak berjalan-jalan di hujung minggu menonton wayang...Bukan apa, macam mana nak fokus kat wayang kalau otak sudah dibahagikan dengan 15??? Memang tak ada ruang nikmati wayang....Lagi pula, setiap sen adalah bernilai tahu???

Bagi saya, pada mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan, jangan amalkan sikap buat kerja last minute..Itu pun kalau kamu tanak terjadi pergaduhan antara kamu dan pasangan....Logik, bila kamu sibuk uruskan macam-macam perkara, mungkin kamu tidak sedar kamu telah mengguriskan hati pasangan kamu, mengabaikan pasangan kamu...Dan akhirnya kamu dan pasangan merasa tak serasi lagi...

Rumit jika kita nak beritahu bagaimana caranya membahagikan masa...Lagi-lagi kalau tanya pada saya, memang takan dapat jawapan yang baik la kan?? hehehehe...Cuma, yang saya tahu, kesabaran perlu di tahap yang tertinggi...Kenapa?? Sebab nanti kamu akan tahu sendiri bila kamu alaminya....

No comments:

Post a Comment