Tuesday, July 10, 2012

OUH JEP SEPAHTU


Assalamualaikum…..

Saya sekarang tengah gila tengok citer Karoot Komedia X..Sebab utama sebab Jep ada…Boleh kot kan guna alasan tu??? Yela, kalau tak, mana mungkin ini entri wujud….Iye dok??? Kalau dah nama artis, bukan pelik kalau ramai giler orang akan minat kat dia…Sudahlah mukanya smart abes, suara pula sedap macam Ramli Sarip, senyuman menawan, haihhhh…..


 
Saya tanak letak biodata lengkap Jep ni sebab rasanya dah melambak orang sana sini citer pasal Jep…Tapi, barang diingat, bukan senang der nak carik info pasal Jep ni…Bukan sesenang taip “JEP SEPAH” sahaja sudah keluar menimbun info….Satu benda saya tabik kat Jep ni, walaupun dia boleh dikatakan sudah mengecapi alam penuh glamour dia tetap kekalkan low profile…Tak pernah langsung sombong ke, bongkak ke, angkuh ke….

Secara jujurnya, saya menulis ni atas dasar meminati seorang figura umum sahaja…Walaupun suara serak-serak basah Ramli Saripnya memang saya adore sangat-sangat, tapi cukuplah sekadar saya meminati sikap dan bakatnya sahaja….Lagipun, takut la plak kalau ada peminat tegar berani mati Jep serang saya sebab entri ni plak….

Tapi, nak kata saya fanatic kat Jep pun tak boleh gak…Sebenarnya saya baru tahu nama sebenar Jep tu ialah Mohd Nazri Bin Zainal Abidin…Selama ni saya ingat nama dia Jeffry ke sebab tu panggil Jep…Ni Nazri panggil Jep, bukankah itu satu benda yang agak pelik??? Tak kesahlah, nama panggilan dia, ikut suka kat dia la…Lagipun, takde plak saya mengelike fanpage dia…Nampak sangat kan saya tak fanatic ngan dia???

Satu minat saya pada Jep ialah sebab sikap dia…Dia pada saya sangat menjaga profil dia…Even kalau tengok dalam Karoot Komedia pun Nampak sopan je dia kan??? Takdelah macam ada sesetengah tu yang bila dihadapkan dengan wanita jelita, perghh…Nak baca sisi tidak baik kat Jep ni pun payah…Tak caya try google…Memang tidak akan keluar 100% pasal Jep…Ada pun cerita sama, info sama diulang-ulang…

Jep…Eh, macam takde kena mengena plak nak panggil nama camtu…Nak panggil Nazri jela pasni, boleh kan?? Nama kan satu doa, chewahhh…Pehal saya macam sedang bersyarah pula kan??? Kalau anda terbaca ini ( kalaulah..), semoga Berjaya dalam bidang yang anda ceburi dan teruskanlah menjaga imej baik anda…Dan….Semoga bertemu jodoh, hehhehe….Best of luck…..



3 comments:

  1. saya pun suka ! sangat sangat !

    ReplyDelete
  2. Jep dpt nama drpd Jep Stamp, pemain bola sepak yg dia minat. :)

    ReplyDelete
  3. saya juga minat Jep (: HEHEH XD

    ReplyDelete