Thursday, May 31, 2012

AMERCORNER FOLLOW BLOG SAYA….


Assalamualaikum…

Sepatutnya ni cerita semalam…Tapi, sebab semalam ialah hari tanpa bercakap blogger, jadi aku simpan sahaja hasrat nak buat entri ni…Tapi, korang tahu, hati aku macam tak tenteram je sebab simpan entri ni seharian…Maka hari ini adalah harinya…Aku nak cerita pasal ni sebenarnya...

-Sila focus kepada bulatan berwarna kuning berkenaan-

Apa yang korang lihat?? Ye, tepat sekali…Cik Rose dah ada follower…Alhamdulillah…At last ada juga yang sudi menjejak kaki di blog picisan saya ni…Ayuh, berikan tepukan gemuruh pada beliau....Ehem, saya dah melawat blog anda la...And i am your new follower, woahhh....


AMERCORNER atau nama sebenarnya ialah HAMIRRAHMAN…Adik ni umurnya baru 19 tahun…Aci ye akak panggil adik??? Dia dah join komuniti blogger ni since 2008 (based on his first entry)…Best blog dia, tips juga banyak…Satu benda yang saya suka ialah bila dia bagi tips yang asalnya dari orang lain, dia akan bagi link pada pemberi tips asalnya…


To AMERCORNER :

Trillion thanks sebab dah jadi follower blog saya…

Sangat terharu sebenarnya, rasa nak nages ni…

Ok, saya tipu…Pesal plak beriya nak nages hanya kerana sudah ada yang follow blog kan?? Over betul…Hahahahaha….Seriously speechless sebenarnya sekarang…Tak tahu mahu cakap apa lagi…Ujung kata selamat berblog lah kat adik AMERCORNER ni…Thanks lagi sekali…Kalau datang Soromban, bagitaw saya ye?? Mana tahu ada kesempatan kita boleh lepak-lepak minam-minam ke….Mana lah tahu kan???


 Sebab kita berkenalan hanya di alam maya, maka sudilah kiranya terima salam maya saya ni....Tak seberapa, tapi saya series ikhlas, hakhakhak....

Sekian sahaja…

Peace….

 p/s: first time aku serlahkan perasaan guna gambar sendiri, selalu sibuk dok credit kat google je kan??heeee...

Tuesday, May 29, 2012

A TO Z TOP GOOGLE MALAYSIA SEARCH…


Assalamualaikum….

Hari ni aku nak share kat korang A to Z top google search….Bila aku cakap top, maksudnya domain itu yang akan first appear kat google search…Contohnya bila korang taip huruf “A” sahaja maka domain berkenaan akan muncul….

 
A- AIRASIA.COM….Syarikat penerbangan tambang murah kat Malaysia…Tak hairan bila airasia jadi top search…Sebabnya airasia memang banyak buat advertisement tak kisahlah kat paper ke, kat tv ke, online tak payah citer lah kan?? Lagipun, pada aku, website airasia ni macam user friendly sikit… Website umpama kita pergi walk-in counter yang mana setiap pertanyaan kita memang akan dilayan dengan sepuas hati…

 
B- BERITA HARIAN ONLINE...Ini ialah online news yang memang sangat fofular kat Malaysia ni…Berita kat sini selalunya memang umum dan agak tepat…Maksudnya, korang akan tengok kurang berita yang tak patut ada dalam surat khabar kat dalam ni…No wonder ramai syarikat memilih Berita Harian sebagai bahan berita utama untuk dilanggan…

 
C- CIMB CLICKS….Perkhidmatan perbankan…Kalau tak salah aku, kerajaan membayar gaji pekerjanya melalui CIMB…Kalau aku tak salah la…Amaun permulaan untuk membuka akaun simpanan di CIMB juga sangat murah iaitu RM 10 sahaja…Takde kene mengene ngan topik tapi aku saje je nak bagitaw korang, hahahhaha…

 
D- DIGI ALWAYS THE SMARTER CHOICE…Memang la yellow creature tu selalu follow orang macam toyol gemuk yang berbaju sendat….Aku penah switch to Digi tapi sebab ada masalah teknikal sikit bila orang call tak layan pula tu, maka aku tamatkan perkhidmatan selepas sebulan…Tapi, aku suka sebab boleh layari internet tanpa had hanya untuk RM 1 sehari…awesome giler….

E- EBAY…Laman jual beli lelong Malaysia…Caranya mudah…Satu produk akan dilelong pada jangka masa tertentu dan pembida yang paling hebat akan dapat beli barang tu dengan harga yang dibida..Jika bertuah, bolehlah dapat jam berjenama dengan harga RM 1… Aku penah cuba bidaan produk RM 1 tapi tak ikuti pun apa keputusannya…Ngee…

 
F- FACEBOOK…Tak perlu kot aku nak explain much on this…Cukuplah dengan berita penyenaraian IPO nya dalam Stock Market…Sapa tak kenal facebook kan?? Ada?? Kesian, hahahaha….Walaupun baru sahaja dilancarkan pada tahun 2004, pengguna yang mempunyai akaun berdaftar di facebook ialah seramai 901 juta orang sehingga April 2012 dan separuh darinya ialah pengguna yang melayari laman facebook melalui aplikasi mudah alih...

G- GOOGLE TRANSLATE…Walaupun kadang-kadang engine translate ni bagi translation yang mengarut, nyatanya ramai yang rely on this engine untuk cari maksud perkataan…Sebenarnya korang kena bijak guna engine translate ni..Contohnya jika translate ENGLISH-MALAY biasanya translation yang keluar tu datangnya dari bahasa Indonesia…Jadi, pandai-pandailah korang pula nak translate jadi Bahasa Melayu yang korang faham...

H- HOTMAIL…E-mel under control of Microsoft…Aku tak pernah guna hotmail ni sebabnya masa aku first time buat email, akak aku dah setup kan yahoo mail…Google mail untuk account blogger….Jadi, aku tak nak bias sangat review produk yang aku tak try lagi…

 
I- iPROPERTY….See, lebih fames dari mudah.my… Iklan kat sini aku suka…Sebabnya kita boleh narrowkan lagi search criteria kita…Tapi, kadang-kadang penjual atau agen jarang update list sampai iklan yang dah terjual still ada lagi dalam tu…How sad...

J- JOBSTREET…Laman pencari kerja….Free to register dan mudah nak cari kerja…Tapi, pada pendapat aku, kalau korang nak carik kerja, just refer on this tapi try to email personally to the company…Sebabnya, 1 job post selalunya akan ada lebih dari 100 application…Syarikat aku juga pernah gunakan jobstreet sebagai agen untuk dapatkan worker….Quiet ok, tapi depend gak la kat bos company tu...

 
K- KOSMO ONLINE…Berita yang sesuai untuk orang yang suka hiburan…Berita masyarakat juga….Masa entri ni ditulis tajuk utama berita ialah Sultan Johor menang bidaan pendaftaran WWW 1 yang bernilai RM 520,000… Hebat, nothing to say…Berita mengenai blogger juga banyak tersiar kat kosmo...

L- LHDN…Bulan pembayar cukai sibuk isytihar pendapatan…Kat radio pun banyak berita ingatkan pembayar cukai isytiharkan pendapatan masing-masing….Aku tak masuk dalam ini cerita sebab aku belum kena cukai lagi…hehehhehe…

M- MAYBANK2U…Ini aku ada dalam cerita…Lagi-lagi 5hb, memang ini laman utama yang aku akan view…Nak tengok gaji dah masuk ke belum, wahahahha….Tapi, aku macam nak tahu gak sejauh mana securednye guna maybank in banking system sebab kebanyakan penipuan internet gunakan akaun maybank..Ataupun mereka cuma sengaja nak burukkan nama maybank...

 
N- NARUTOGET…Peminat animasi Naruto pasti ramai kan kat Malaysia ni…Pada yang tak tahu, website ni all abaout Naruto ada dalam ni…Kiranya website yang dibina khas untuk peminat tegar Naruto yang kadang-kadang termissed episod kat tv..Aku penah tengok citer ni masa episode 1 je…Tu pun sebab masa tu Naruto ni kecik lagi, comel giler…Pastu dah tak layan dah, bek layan citer oogy dan lipas comel tu…

O- OH BULAN…Laman gossip dan berita terkini artis… Oh my, kenapa lah aku selalu takde masa nak lawat laman ni??? Tapi, yang aku tahu laman ni selalu jadi rujukan kalau ada orang nak buat satu berita pasal artis…

 
  P- PTPTN…Sejak iklan raya pasal PTPTN tu, aku rasa ramai yang guna modal iklan tu wat alas an bagi duit raya dalam amaun yang kecil…Pasal apa aku tak tahu la…Untung jadi dewasa sekarang sebab nak pinjam PTPTN tak perlu ada akaun SSPN..Sekarang dah kena ada…Aku macam takleh bayangkan camne student Malaysia nak survive bayar segala yuran pengajian kalau PTPTN tak ada…Jenuh, tu je yang aku boleh cakap…

 
Q- QATAR AIRWAYS MALAYSIA…Bukti kita memang ada kaitan rapat ngan Negara Arab…Kan??

R- RHB…Satu lagi perkhidmatan perbankan kat Malaysia ni…Aku tak pernah ada akaun kat rhb..In future maybe…Mana lah tahu kalau syarikat aku lepas ni bayar gaji guna rhb ke kan??Nak explain lebih, aku plak macam kurang pengetahuan....hahahha...




S- SAPS(Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)….Eh, korang nak tahu, aku pun baru je tahu website ni wujud..Ni I guess penting la kot untuk golongan pendidik…Sebab aku bukan cikgu dan tak ada keluarga cikgu, adapun sedara jauh maka aku tanak review banyak pasal ni…Mungkin ada cikgu yang nak comment pasal ni…

T- TWITTER…Mari kita bertwit-twit…Aku ada satu soklan…Kenapa twitter guna ikon burung??? Ye, sebabnya burung kan banyak cakap…Tak benti-benti pula tu…Burung juga berhijrah…Jadi, mudahlah nak sampaikan berita…Zaman dulu pun orang guna burung jadi posmen…So sad, aku belum ada kesempatan nak open akaun twitter...Rasa macam ketinggalan zaman pula...Tskk...

U- UiTM….Kebanyakan blogger yang aku nampak diaorang study kat UiTM…Rasanya sebab kos pengajian media kat sana memang berkesan dalam mendidik pelajar untuk jadi lebih menyerlah..Dalam kata lain, bukan sahaja melalui teori, malah di dunia nyata juga…Syabas UiTM..

 
V- VOLKSWAGEN…Jenama kereta yang eksklusif standing dengan BMW dan MERCEDES…Apa lagi dengan lagenda Volkswagen Kuning berjalan tanpa pemandu yang 90 % rakyat Malaysia aku rasa dah tahu..Tapi, kalau korang tetap setia pada kereta buatan Malaysia, anggap sahajalah Vanila Coklat ialah top search in google...haihh korang ni, tahu lah Izara Aishah itu comel dan Aiman Hakim tu hensem smart...

W- WWW.FACEBOOK.COM... Facebook once again….Wahai mereka-mereka yang belum mempunyai akaun facebook, silalah berbuat demikian…Mana tahu korang dapat jumpa member masa tadika dulu ke, orang yang kiss korang depan pagar tadika pastu korang balik nagis-nagis ke…Mana lah tahu kan?? Jika jumpa, bolehlah balas dendam ke, wakakakaka….

X- XE…Foreign exchange and currency website…Selalunya orang pergi bank je nak check currency change rate kan?? Ni website yang bagi rate secara umum…Maksudnya korang yang terlibat dalam forex business tu bolehlah rujuk kat sini…Tapi, yang kerjanya kena selalu buat money remittance tu eloklah check dengan bank yang korang berurusan tu...Lebih selamat...

 
Y- YOUTUBE…Amik kaw Yahoo, kalah kat Youtube…hahahahaha….Bukti kenapa Youtube popular?? Tengok sahaja berapa ramai artis Malaysia yang serlahkan bakat kat Youtube..hey, even Justin Bieber talent discovered on Youtube tahu??? Dan kalau korang perasan, setiap video yang korang upload kat web, secara aoutomatiknya akan di based on Youtube…Tak caya pegi try…

Z- ZEDGE…Buat mereka yang selama ni hanya rely on rapidshare atau mobile9 untuk download ringtone, bolehlah try zedge pula…Konsepnya sama dengan mobile9…Cuma ringtone yang ada hanya lah lagu international..Takde lagu Nera Hatimu Milikku yang akan dijumpai disini…In future maybe…Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun juga dinasihatkan jangan nak selalu sangat view website ni…Tak baik untuk otak korang…Dah 18++ baru leh gi visit ye??

p/s: namanya juga A TO Z, haruslah nak kena panjang lebar….ye tak?? Jangan marah….Sekian sahaja...




Monday, May 28, 2012

Aduhai Peta Putrajaya....

Assalamualaikum....

Bagi korang yang belum tahu, aku ialah seorang cik Sumber Manusia yang dah bekerja selama 1 tahun dan 1 bulan lamanya...Aku specialized in Foreign Worker Management.. Bila dah uruskan pekerja asing, memang satu benda yang normal kalau aku selalu kena berurusan dengan jabatan kerajaan i.e Imigresen....Masalahnya, aku sendiri tak faham kenapa setiap kali aku pergi Putrajaya, aku mesti balik sesat...Padahal serasa aku, dah berkali-kali dah aku gi sana...So, aku dah mula fedup dah...Yela, setiap kali aku sesat, aku dah bazirkan minyak kereta aku yang RM 1.90 sen seliter tu....Jadi, aku dah buat keputusan analisis masalah aku...

Step 1: Google peta Putrajaya...

-klik untuk tumpuan yang lebih baik-

Yang bertanda merah tu ialah Putrajaya Territory.... Tempat yang aku selalu pegi ialah Presint 2....Jabatan Imigresen Malaysia...

Step 2: Google cara nak pergi Presint 2 dari Beranang....

Perjalanan dari Beranang ke Presint 2 Putrajaya hanyalah 33.8 km sahaja....Pergi dan balik jumlahnya hanya 67.6 km sahaja jaraknya....

Step 3: Kenapa aku selalu balik sesat???

Sebab 1: Jalan berputar-putar....Putrajaya pada peta memang nampak macam tak besar mana pun.. Tapi, realitinya hanya Jauhari yang kenal sapa tu Manikam....
Sebab 2: Jalan sehala...Aku paling lemah kalau jalan tu jalan sehala...Maksudnya kalau kita datang dari jalan A, kita kena balik ikut jalan B...Dan jalan B tu pula memang kena tawaf dulu satu Putrajaya baru jumpa jalan A...
Sebab 3: Kedudukan tak ikut turutan...Aku tak faham kenapa ada Presint 3 sebelah Presint 18??? Someone tell me...Aku lemah sejarah dan geografi...Maka, aku nak sangat tahu kenapa ini boleh terjadi...Bayangkan ada 10 orang yang macam aku...Tak sesat dalam kawasan Putrajaya yang keluasannya hanya 4931 hektar sahaja?? 

Jadi, aku nak sarankan lah sikit (kot ada orang nak baca), sebar-sebarkanlah pasal Putrajaya ni kat orang awam...Jangan hanya jadikan Putrajaya tu pusat kerajaan dan event-event penting sahaja...Kembangkanlah lagi idea jadikan Putrajaya tempat tumpuan pula di masa hadapan...Tujuannya supaya orang macam aku takdelah sesat lagi kat Putrajaya...

Soalan: Aku sorang je ke yang selalu sesat kat Putrajaya ni?? Kalaulah ye, malu keturunan sahaja, wakakakka....

Friday, May 25, 2012

Fakers...

Assalamualaikum....

Harini hujan...macam biasa la, bila dah hujan, jalan raya mesti jemmed...Bila jalan jemmed, mesti akan masuk ofis lambat...Ok, takde kene mengene ngan topik...Aku banyak menulis sebab tagged....Dulu aku gunakan journal untuk bagi pendapat...Tapi, biasalah...Tagged tu bukan aku yang punya...Sekelip mata sahaja journal part tu hilang...Pffff....But no worry, blogger kan ada...Hahahahaha.....

Aku kan macam tak faham kenapa ada manusia yang sanggup cari nama dan populariti atas angin...Maksud aku, kenapa perlu guna hak privasi orang lain untuk raih popular??? Contoh paling banyak, guna gambar orang lain dan mengaku itu ialah kamu...Contohnya macam ni...

Fatin Liyana Asri ada account  TAGGED ??? Fatin Liyana orang Selangor?? Yeke?? Bukankah dia sangat berbangga menjadi anak Negeri Sembilan??? Oh Fatin Liyana, why u break my heart?? Why u no tell us u ada account TAGGED??? sampai hati taw...~majuklahcamni~

 
ARIFFSHAH pun ada TAGGED gak??? Eh, tapi apesal David lak?? Nama glamer eh?? En.Ariffshah, i penah taw reply message u kat TAGGED....tapi, bila i tanya betul ke ni gambar u, u tak reply pun?? Sedih taw???

Sebenarnya, atas ni contoh public figure yang aku rasa paling banyak gambar diaorang dicilok oleh fakers...Sudahlah ambik gambar orang, bila orang tanya puji dan sebagainya mengaku pula...Tak pernah kot terasa bersalah agaknya??? Allah jadikan setiap hambanya sempurna...Tak sama tapi semuanya sempurna...Cuba bayangkan korang amik gambar orang lain dan mengaku itu korang...Tapi, one day disebabkan korang sedikit hilang pertimbangan, korang telah dengan tak sengaja memaki orang lain...Agaknya siapa yang akan dipandang serong?? 

Dan kalau betullah korang memang sangat addicted ngan satu orang tu, minatlah dengan cara yang betul...Contohnya guna la nama "AZMAN PEMINAT SETIA THEOTHERKHAIRUL"....Tak perlu kot sampai nak jadi fakers...Takde pekdahnya pun sume tu....Jadi diri sendiri kan lagi baik?? Jangan risau kalau korang ialah seorang lelaki yang tiada rupa ataupun seorang gadis yang tak secomel mana...Someday or somehow mesti ada yang akan tertarik kat korang....

Tengok cam cik rose, blog dia mana ada orang baca...Tapi, dia ada ramai kawan...Tak caya??? Tengok ni....

See?? Member since October 9, 2011....Profile views for 18431 times....8902 friends and still counting....Aku guna gambar sendiri....Ade je yang nak jadi kawan aku, sembang-sembang ngan aku...Korang jangan rasa rendah diri dan buat benda-benda yang silly...Tak cool la guna gambar orang lain pastu ngaku tu kamu....Cuma kamu perlu yakin dan percaya bahawa setiap ciptaan tu ada kelebihan sendiri...Just be yourself...Okay babes and dude?? Aku tak pandai yakinkan orang, marah orang reti la...Hehehhe....


Tuesday, May 22, 2012

EDISI BERANGAN- ALL ABOUT DREAMS…..


Assalamualaikum…..

Dalam hidup ni kita kena atau mesti ada impian yang kita nak capai kan??? Tak kesah la macam mana caranya kita akan capai impian tu…Positif mahupun yang negatif….Aku pun ada impian…Dulu masa kecik-kecik, impian aku serius macam hampeh…Actually takdela hampeh mana pun…Biasalah budak-budak…Otak pun tak berapa nak berkembang lagi….Mari kita lihat adakah impian kita sama…

Rumah Idaman
Aku bukanlah lahir-lahir sahaja mak ayah aku dah ada rumah sendiri…Aku mengaku aku lahir kat rumah sewa… Takde apa yang nak dimalukan pun… Tapi, sekarang ni aku patutnya berbangga sebab akhirnya aku akan bakal membelikan sebuah rumah untuk mak ayah aku…Tetap, aku memiliki impian sendiri…Lebih kurang camni….

Awesome bukan??? Ruang rumah ni memang dibahagikan dengan perfect sekali…Aku macam tak tahu nak buat apa kalau dapat rumah yang macam padang bola…Aku lebih suka kalau rumah aku dah ada ruang sendiri…Lebih kurang macam kalau main puzzle kalau takde boarder memang makan berjam-jam nak tunggu aku siapkan….

Kereta Idaman
 Aku ada 4 orang adik-beradik yang mana kitaorang membesar sama-sama…Umur juga tak jauh beza..Ayah pula hanya memiliki kereta sedan…Makanya, bila jalan jauh sahaja punggung akan berkematu dan mungkin otot-otot juga akan mengalami kekejangan….Tu cerita dulu..Sekarang, berderet pula kereta sampai jiran sebelah geleng kepala tengok rumah dah boleh bukak used car…Buat masa ni, aku pakai kereta ni…

Proton Gen-2 (A) tahun 2006….Warna asalnya patutnya biru, tapi sebab aku ni addicted pada warna kuning tapi keliru nak memilih dengan warna pink, maka aku cat kereta ni warna kuning…Kereta hasil titik peluh lengas aku… Tapi, kadang-kadang hidup perlukan perubahan… Masa aku kecik-kecik, aku adore gila kereta yang ni…


 
-mercedec sport edition pintu bukak jadi cam sayap-

Menyedari memang agak mustahil untuk memilikinya kecuali aku kahwin dengan orang kaya which is lagilah mustahil, maka cukuplah aku angankan yang ini sahaja….


BMW E46…See, betapa aku minat warna kuning tapi tetap tak mahu mengaku??? Bila satu hari nanti aku memandu kereta ni, it’s a complete satisfaction yang aku dah achieved….Cuma, Gen-2 tu aku akan still simpan gak…Banyak pahit manis tawar payau yang aku dah lalui demi kereta tu…

Buat masa ni, tu jela kot yang aku nak berangan-angan…Yang lain aku masih belum fikir lagi…Tika menaip ini pun aku ambil masa hampir 10 min nak fikir point lain akhirnya gagal…Maka, aku membuat keputusan tamatkan sahaja entri ini disini….Kalau korang de idea lain pasal apa yang patut aku angankan, do comment…

Chow…

Monday, May 21, 2012

Edisi Berangan-Of Nikah


Assalamualaikum....

Mengikut tradisi peraturan family aku, kalau anak perempuan akan berkahwin, ayah aku nak anak dia nikah kat umah….dan dia sendiri yang akan nikahkan…Tak main guna tok kadi….Tok kadi Cuma jadi guide dan saksi terus membaca taklik yang panjang lebar sampai boleh kematu kebas segala bahagian badan…Pfffff….

Masa akak aku yang sulung nikah dulu, dia dok dalam bilik…Sampaikan tok kadi lupa nak tanya dia setuju ke tak nak nikah…Sebabnya, kitaorang takde pengalaman on this…Adik dia yang sorang ni plak masa tu belum benar-benar tahu gunakan teknologi yang ada untuk buat research membantu majlis akaknya menjadi awesome…Tahunya online berjam-jam on Friendster dan myspace sahaja…Dah, lupakan sahaja yang itu… Jadi, untuk aku, aku nak make sure it will be just nice…Nak cakap perfect dah jadi riak pula….

Baju Nikah….
 
-pic credit to google-

Bila nikah, warna paling glamer ialah warna putih…Namun, warna putih bila dah plain sangat nampak cam bosan pula..Even uniform sekolah juga berbaju putih berkain warna...Barulah nampak semangat sikit adik-adik nak belajar.....Jadi, aku akan combine warna putih dengan warna biru laut…His fav..Ehem…..Gambar atas ni idea untuk sanding…Untuk nikah, tanjak lelaki akan ditukar kepada songkok dan brooch sama warna….Ikatan samping pula ialah ikatan normal di hari raya…Takde bunga-bunga camtu…Keris juga tidak ada…Untuk perempuan, Cuma mahkota yang takde..Yang lain stay….

Pelamin Nikah….
 
-pic credit to google-

Simple je kan??? Lagipun, tak payah nak membazir banyak sangat… Itemnya Cuma bunga hiasan atas tu, lampu biru putih, langsir biru putih, hiasan, dan pelantar…Just nice...Lagipun nak guna masa akad nikah je...Buat apa pula mahu beriya-iya sangat kan???

Nampak tak semua caption aku “pic credit to google”??? Means, aku memang menggunakan kemudahan internet sepenuhnya untuk cipta impian ni…. Sound nice huh??? 

-Chow-