Monday, May 21, 2012

Edisi Berangan-Of Nikah


Assalamualaikum....

Mengikut tradisi peraturan family aku, kalau anak perempuan akan berkahwin, ayah aku nak anak dia nikah kat umah….dan dia sendiri yang akan nikahkan…Tak main guna tok kadi….Tok kadi Cuma jadi guide dan saksi terus membaca taklik yang panjang lebar sampai boleh kematu kebas segala bahagian badan…Pfffff….

Masa akak aku yang sulung nikah dulu, dia dok dalam bilik…Sampaikan tok kadi lupa nak tanya dia setuju ke tak nak nikah…Sebabnya, kitaorang takde pengalaman on this…Adik dia yang sorang ni plak masa tu belum benar-benar tahu gunakan teknologi yang ada untuk buat research membantu majlis akaknya menjadi awesome…Tahunya online berjam-jam on Friendster dan myspace sahaja…Dah, lupakan sahaja yang itu… Jadi, untuk aku, aku nak make sure it will be just nice…Nak cakap perfect dah jadi riak pula….

Baju Nikah….
 
-pic credit to google-

Bila nikah, warna paling glamer ialah warna putih…Namun, warna putih bila dah plain sangat nampak cam bosan pula..Even uniform sekolah juga berbaju putih berkain warna...Barulah nampak semangat sikit adik-adik nak belajar.....Jadi, aku akan combine warna putih dengan warna biru laut…His fav..Ehem…..Gambar atas ni idea untuk sanding…Untuk nikah, tanjak lelaki akan ditukar kepada songkok dan brooch sama warna….Ikatan samping pula ialah ikatan normal di hari raya…Takde bunga-bunga camtu…Keris juga tidak ada…Untuk perempuan, Cuma mahkota yang takde..Yang lain stay….

Pelamin Nikah….
 
-pic credit to google-

Simple je kan??? Lagipun, tak payah nak membazir banyak sangat… Itemnya Cuma bunga hiasan atas tu, lampu biru putih, langsir biru putih, hiasan, dan pelantar…Just nice...Lagipun nak guna masa akad nikah je...Buat apa pula mahu beriya-iya sangat kan???

Nampak tak semua caption aku “pic credit to google”??? Means, aku memang menggunakan kemudahan internet sepenuhnya untuk cipta impian ni…. Sound nice huh??? 

-Chow-

No comments:

Post a Comment