Friday, July 13, 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA….


Assalamulaikum…

Dalam Islam, ikatan pernikahan dilafazkan dengan akad dan nikahnya…Sifatnya cukup sempurna, sehingga ada yang menitiskan air mata…Walaupun pada dasarnya ikatan pernikahan bertujuan menghalalkan perhubungan dan mewujudkan ganerasi sihat, tapi, penah tak kita fikir sejauh mana pengertian nikah yang tersirat…Yang kita Nampak pada pandangan mata kasar memanglah setakat majlis meriah, ada tok kadi, pengantin cantik, hantaran, dan lain-lain…

Pada sisi lain sebenarnya ikatan pernikahan lebih dari sekadar apa yang terzahir…Lafaz akadnya yang sepatutnya kita hayati, bukan besarkan mata, lebarkan telinga kutuk itu dan ini…Saya pernah jadi jurugambar pada majlis perkahwinan kakak saya yang sulung…Dan saya sangat-sangat bersyukur kerana bukan sahaja diberi peluang merakam detik bersejarah kakak sulung saya, malah saya buat kali pertamanya mendengar setiap butir bicara dalam proses akad nikah…Yang paling lama tu lafaz taklik…Panjang giler…Saya yakin tak ramai pengantin lelaki yang ingat apa isi kandungan lafaz taklik tu…Bukan apa, panjang sangat, sampai nak tertidur….

Tapi, kalau difikir-fikir balik, sebenarnya segala proses yang ditetapkan tu memang ada hikmahnya…Yela, ingat nikah ni senang??? Silap-silap ada yang nervousnya mengalahkan lagak gaya orang yang nak amik SPM…Tapi, kalau kita hayati isi kandungannya, memang boleh buat air mata menitis…Terfikir masa saya kahwin nanti, saya nak mintak tok kadi tu fotostatkan lafaz taklik tu…Nak framekan…Bukan apa, sekadar buat pedoman untuk kami suami isteri….

Tapi hairan, kenapa ada yang mahu menyembunyikan status perkahwinan mereka…Tak terasa ke pengorbanan yang mereka lakukan semasa ingin berkahwin dulu??? Kalau ada yang mengadu perkahwinan mereka tak bahagia ataupun berkahwin atas dasar terpaksa, saya suka minta gambar kahwin mereka…Sebabnya??? Ntahlah, serasa ada satu perasaan yang sukar digambarkan bila tengok gambar tu...

Yakinlah bahawa setiap pasangan yang diberi berkat berumah tangga itu rahmatnya besar…Walaupun banyak dugaan yang mendatang, fikir-fikirkanlah kenapa satu perkara tu harus terjadi…What goes around comes around…Bukan nak suruh menyesal ke  apa, Cuma jangan terlalu menyalahkan satu pihak bila timbul permasalahan dalam rumah tangga…Saya sekadar berkongsi pendapat…Kurang harap maafkan dan harap kalian terima seadanya….

Tuesday, July 10, 2012

OUH JEP SEPAHTU


Assalamualaikum…..

Saya sekarang tengah gila tengok citer Karoot Komedia X..Sebab utama sebab Jep ada…Boleh kot kan guna alasan tu??? Yela, kalau tak, mana mungkin ini entri wujud….Iye dok??? Kalau dah nama artis, bukan pelik kalau ramai giler orang akan minat kat dia…Sudahlah mukanya smart abes, suara pula sedap macam Ramli Sarip, senyuman menawan, haihhhh…..


 
Saya tanak letak biodata lengkap Jep ni sebab rasanya dah melambak orang sana sini citer pasal Jep…Tapi, barang diingat, bukan senang der nak carik info pasal Jep ni…Bukan sesenang taip “JEP SEPAH” sahaja sudah keluar menimbun info….Satu benda saya tabik kat Jep ni, walaupun dia boleh dikatakan sudah mengecapi alam penuh glamour dia tetap kekalkan low profile…Tak pernah langsung sombong ke, bongkak ke, angkuh ke….

Secara jujurnya, saya menulis ni atas dasar meminati seorang figura umum sahaja…Walaupun suara serak-serak basah Ramli Saripnya memang saya adore sangat-sangat, tapi cukuplah sekadar saya meminati sikap dan bakatnya sahaja….Lagipun, takut la plak kalau ada peminat tegar berani mati Jep serang saya sebab entri ni plak….

Tapi, nak kata saya fanatic kat Jep pun tak boleh gak…Sebenarnya saya baru tahu nama sebenar Jep tu ialah Mohd Nazri Bin Zainal Abidin…Selama ni saya ingat nama dia Jeffry ke sebab tu panggil Jep…Ni Nazri panggil Jep, bukankah itu satu benda yang agak pelik??? Tak kesahlah, nama panggilan dia, ikut suka kat dia la…Lagipun, takde plak saya mengelike fanpage dia…Nampak sangat kan saya tak fanatic ngan dia???

Satu minat saya pada Jep ialah sebab sikap dia…Dia pada saya sangat menjaga profil dia…Even kalau tengok dalam Karoot Komedia pun Nampak sopan je dia kan??? Takdelah macam ada sesetengah tu yang bila dihadapkan dengan wanita jelita, perghh…Nak baca sisi tidak baik kat Jep ni pun payah…Tak caya try google…Memang tidak akan keluar 100% pasal Jep…Ada pun cerita sama, info sama diulang-ulang…

Jep…Eh, macam takde kena mengena plak nak panggil nama camtu…Nak panggil Nazri jela pasni, boleh kan?? Nama kan satu doa, chewahhh…Pehal saya macam sedang bersyarah pula kan??? Kalau anda terbaca ini ( kalaulah..), semoga Berjaya dalam bidang yang anda ceburi dan teruskanlah menjaga imej baik anda…Dan….Semoga bertemu jodoh, hehhehe….Best of luck…..



Tuesday, July 3, 2012

ADUHAI SAMAN(S)

Assalamualaikum....

Harini nak citer pasal saman...Saman ni dah macam sebati ye tak untuk driver-driver...Yela, kiranya kalau sekali tak penah kena saman tu rasa cam takde nak thrill sangat la hidup ye tak??? Lagi-lagi yang dok bandar-bandar besar yang jemmed dah jadi rutin harian...Kalau tanya kat sesapa pun, mana ada orang yang akan jawab " saya ada saman and i'm so happy with it"...Kalau ada, sahlah dia tu otaknya tak bape nak betul sangat.....

Kalau dah saya buat entri pasal saman, mestilah sebab saya pun penah kena saman(s)...Letak "s" dalam kurungan sebab nak tunjuk berapa banyak kena saman, hahahaha....Sebab saya ni jenis kedekut nak check saman through SMS, maka daftarkan diri kat myeg...Jadi, boleh tambah stress bila tengok saman melambak...

Caranya mudah...Cuma perlu key-in no kad pengenalan korang and klik butang submit....Hasilnya???

Taraaaa....Ni makan dia....Eyh, pehal myeg ni salah eja nama saya ni?? Sengaja kan??? Jom saya story satu-satu saman saya...Motif?? Untuk pengajaran mungkin kat korang-korang so korang tak sama join saya dapat saman ni.....Hehehehe....

WHQ XXXX.....Lost Control...Masa ni saya ingat lagi, saya baru balik dari Pejabat Kedutaan Bangladesh di Malaysia...Sebuah kenari telah emergency break secara tiba-tiba hanya kerana kon merah di tengah jalan...Biasanya orang belakang memang akan dipersalahkan tak kesah la korang langgar dia ke, dia langgar korang...Cik kenari tu suruh saya ganti bumper dia yang pecah...Banyak cantik, abes tu kete ayah saya yang serak hon, pecah spotlight, bumper hancur tu sape yang nak ganti?? Ha? ha? 

DAV XXXX....Sudahlah kena kerja hari ahad, saman pula datang...Haihhh, nasib-nasib....Kadar sakit hati kurang sebab sebaris kereta yang park kat kawasan yang sama pun kena saman gak, thehehehe....Pelik bila agent company saya slamber je cakap dah berderet saman dia dapat sebab park kat situ...Bangunan punyalah banyak, parking lot bagi sekangkang kera tanah tu je?? Pulak tu, bila hujan, siaplah berlopak-lopak...

DAV XXXX....Sekali lagi saya kena saman...Kali ini sebab speedtrap...Nak marah encik yang pegang kamera menyorok kat tepi jambatan tu pun tak boleh...Bukan dia nak sangat pun dok sana berjam-jam...

Hah, nampak cool bukan pemandu berkenaan??? Dah la keretanya warna menyerlah tanak kalah, pemandu pula nampak sangat bergaya letak tangan atas stereng camtu.... Kaw hadoo gambar camni...Eksklusif okay??? Kereta terpilih je yang mampu ada gambar camni tahu?? Hahahahaha....

WPN XXX....Haaa, yang ni bukan saya pemandunya....Orang lain....Cuma kereta ni didaftarkan atas nama saya...Parking sesuka hati punya pasal la ni kot.....

Jumlah saman saya setakat ini ialah RM1000....Wahh, tengok amaun je dah cukup buat kepala berpinar-pinar....Apatah lagi bulan 8 ni roadtax insurans nak expired...Haduiyai....Pening-pening.....

Moral of the story....Weyh, bila kerajaan nak bagi diskaun saman lagi ni, pilihan raya dah nak dekat, wakakakaka....

Saturday, June 30, 2012

KENANGAN INDAH BERHARI RAYA


Assalamualaikum…

Mesti korang ingat saya ni kemaruk nak raya padahal bulan pose pun belum sampai lagi apatah lagi pose tahun lepas tak abes ganti lagi…Saya memang suka ganti pose lambat, tebiat…hahahahaha….

Sebenarnya saya nak ajak korang sume join contest ni….

KLIK SINI untuk maklumat lanjut dan cara penyertaan.....Hadiah duit raya der, rugi kalau tak join....Tempoh contest dari 27 Jun sampai 4 Ogos....Jom dengar baca cerita lebaran saya...Yoshhhh...

CERITARA LEBARAN 2011…

Mari kembali ke tahun 2011… Tak perlu guna mesin masa, cukup mata anda dan of course line internet yang marvelles…Bukan apa, kalau line slow, tak bape feel nak baca, hakhakhak....Mari saya ceritakan satu persatu….



 
1 : Kereta pertama saya…Yang saya bekerja keras dapatkannya dengan wang saya sendiri….Sebenarnya saya tak minat sangat pun GEN2…Tapi, mengingatkan yang kakak saya minat benar dengan kereta ni, jadi saya beli…Sayangnya, kakak saya enggan bawak sebab dia cakap pandangan belakang terhad, dia tak reti nak adjust…Tskkkk….Hampir seluruh gaji dan bonus saya habis semata-mata untuk kereta ni…Orang raya dengan baju baru segala, saya raya dengan kereta…Yang paling penting, GEN2 telah bawa satu kebanggaan dalam keluarga saya…Mak saya cakap ayah bangga anaknya mampu memandu kereta sebesar itu…Bayangnya saya cuma akan beli kereta kancil atau kelisa sahaja….

2 : Saya juga telah mampu belikan mak ayah saya baju raya…Walaupun harganya tak seberapa, tapi, itu hasil titik peluh saya sendiri…Betullah kata orang, bila tengok orang lain bahagia dah cukup untuk buat kita sendiri bahagia….Lagi pula, sebagai anak, apalah salahnya kalau kita berbelanja untuk mak ayah kita…Kalau nak dibandingkan dengan apa yang mereka dah beri kita selama ni, seumur hidup pun tak termampu kita nak membalas….


3: Saya sepatutnya gembira sebab ada seorang lelaki yang sudi jadikan saya isterinya..Malangnya, selepas hari raya, dia bagitaw yang kami tak mungkin bersama sebab mak ayah dia nak kakak dia yang berkahwin terlebih dulu…Sedih, tapi saya terima…Bukan jodoh kami….


 
4: Mak saya bertambah usianya pada hari yang mulia…30 Ogos 2011, genap usia mak saya 51 tahun…Mak, walaupun saya tak pernah cakap ni, tapi, percayalah saya sangat sayangkan mak…Mak bukan setakat mak, tapi jugak teman baik saya yang setia…Walaupun kita selalu gaduh-gaduh manja, adik tetap sayangkan mak….

 
5: Saya??? Cukuplah setakat memakai baju yang kakak saya beri, selendang mak dan kasut sale last pair…Tetap, raya 2011 terbaik untuk saya…Semoga raya 2012 beri kita semua keberkatan, insyaAllah….Eh, jap2...Untuk elakkan kekeliruan...Asalnya kereta saya berwarna biru tapi saya telah tukarkan pada warna kuning atas sebab-sebab munasabah....

-Untuk tagg, saya nak sarankan semua peserta contest Tambah Follower AmerCorner untuk sama-sama memeriahkan contest ni.....Nak tagg ramai sangat, tak larat, hehehehe...-

Akhir kata,

“SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA”


PERANGAI HAIRAN SAYA


Assalamualaikum….

80 peratus orang akan cakap saya sombongbelagak…Jadi, tak ramai yang beranikan diri nak dekati saya…Haihhh, kesian saya kan??? Untuk elakkan perkara ni berlarutan sampai nanti masa saya kawen takde orang nak datang, maka dengan rasa berbangganya saya akan bagitaw korang pasal the other side of me…Yang orang len tak taw tapi that’s make me, myself….

1: SAYA TAK PANDAI SENYUM
Nak kata tak tahu macam menipu sangat bunyinya…Penah kawan saya masa form 3 dulu cakap saya senyum tak ikhlas…Erk?? Tapi, sebab dia sorang je yang cakap camtu, orang lain tak pun, maka saya biarkan jela…Sampai la masa saya sem last kat kolej bila kitaorang cam gedik-gedik citer pasal kawen, saya sendiri cakap saya tak pandai senyum…Walaupun saya senyum dengan gembiranya, tetap orang tak Nampak…Guess what, masa tu baru kawan saya iyekan…Siap sarankan saya pegi kelas belajar senyum sebelum nak kawen…Hahahahaha…

 
2: MAKAN MASA MEMANDU….Saya keje kat tempat yang agak jauh dari rumah saya…Dan saya setiap hari akan memandu sendiri pergi tempat keje…Jauhnya rumah dan tempat kerja saya ialah 30 minit….Tu pun kalau tak jammed dan hari sabtu…Jadi, untuk elak mengantuk, saya mesti mengunyah…Gila, makan sambil bawak kete??? Rilek la, kete saya automatic transmission…Lagi pulak, saya takdelah dok makan nasi lemak…

3: DENGAR RADIO KUAT-KUAT

Mak saya selalu cakap saya pekak sebab dengar radio kuat-kuat….Apa barang dengar radio volume 8 kan?? Saya selalu dengar radio volume 20…Kuat kan??? Yela, mana ada orang dengar lagu, pastu slow…Slow gi dengar jazz la..Tak pun klasik nasional…Tapi, saya tak suka pegi konsert…Boleh pecah gegendang telinga…Dah la ramai orang, rimas…

4: TABIAT TIDUR…Saya tak boleh tidur tutup lampu sebab saya penah sepak sang manti sebab cabut bulu jari kaki saya…Saya jugak kena dengar lagu sebelum tidur sebab kalau sunyi otak saya jahat suka bagi dengar bunyi pelik-pelik…Pakai selimut tapi kaki terkeluar, patutla sang manti cabut bulu jari kaki saya, hahahaha….Ouh, saya juga tidur pegang phone sebab saya hanya akan bangun kalau alarm saya melody with vibration….Letak Yaasin bawah bantal sebab fobia takut kena “hempap”…..

5: TAK TAHU DATING….Patutlah saya takde ramai boyfriend…Ex saya Cuma 2 orang je, caye tak??? Sebabnya, saya tak taw nak dating…Pada saya, cukuplah kalau saya dapat tengok muka orang yang saya sayang sepanjang hari…Tak pun, jalan-jalan kat taman pastu baling batu dalam air dengan harapan ikan akan benjol kepalanya…Ataupun borak-borak sepanjang hari….Tengok wayang saya tak berapa minat sebab aircond wayang sejuk…

6: TAK MAKAN PEDAS…Pecaya tak saya tak penah makan sos cili…Saya tak tahu nape…Bukan saya sengaja…Tapi, kalau saya makan benda pedas, kurang sepuluh minit mesti saya pegi toilet…Mungkin saya tak suka tengok benda merah yang ade serpih-serpih cili tu…Kat umah pun, mak saya belikan sos tomato untuk saya dan masak tak pedas…Kalau saya rasa pedas, saya tak makan lauk tu…

7: PEMINAT CHOCOLATE

 Saya mampu habiskan satu bar besar chocolate tu dalam masa kurang setengah jam...Seorang diri...Sebab tu la gigi saya rongak, hehehehe...Nampak tak kenapa saya tulis chocolate instead of coklat pastu siap letak gambar menggiurkan kat situ?? Sebab saya nak bagitahu chocolate yang makan tu, bukan coklat yang warna tu....Chocolate tu penghilang stress, bila kita makan, akan ada satu feel yang indah tahu??? No wonder kids suka sangat...

8: TAK SUKA PAKAI JAM LAMA-LAMA

Walaupun saya pengumpul jam yang tegar masa dulu, tapi sebenarnya saya tak suka pakai jam lama-lama…Saya rasa rimas…Masa sekolah kan meja jenis yang papan licin yang leh kopek-kopek tu kan?? Saya letak jam saya atas meja tu, bila nak kuar rehat, pakai jam rasa cam baru keluar dari peti ais…Sampai sekarang pun, masuk ofis je saya terus bukak jam…

9: SHOPPING….Saya bukan seorang yang shopaholic yang sanggup dok dalam kedai lebih 10min belek-belek barang…No, that’s not me…Saya macam tak faham kenapa mak ngan kakak saya boleh dok dalam kedai berjam-jam tapi at the end kuar bawak satu benda je…Padahal Cuma shoplot kecik dan dioarang selalu kot pegi situ…Saya juga takkan beli barang mahal semata-mata sebab nak ikut trend..Tak berbaloi beli t-shirt pakai kat umah dengan harga RM39.90 sehelai…Bukan pricetag tu gantung kat baju pun, balik gunting gak kan???

10: CEPAT MENGANTUK

Bagi je bantal, saya mesti nak tidur…Walaupun masa tu, saya takdelah mengantuk mana pun, tetap saya akan tertidur gak…Dalam masa kurang 5minit…Tidur dalam kete paling banyak…Kalau bukan saya yang memandu, saya lagi suka tidur…Walaupun perjalanan hanya 15minit….Sebab tu, si dia selalu merajuk sebab saya tetiba tertidur masa tengah text ngan dia…

Cukuplah 10 je saya bagitaw….Sebenarnya, bukan saya yang nak jadi sombong, tapi tanggungjawab yang buat saya jadi camtu…FYI, masa sekolah saya pengawas sekolah dan sekarang saya ialah seorang cik Sumber Manusia…Kalau saya jenis tersengih tak tentu pasal, camne orang nak gentar ye tak?? Konon, hahahaha…





Friday, June 29, 2012

BOS, SAYA NAK MINTAK CUTI


Assalamualaikum….

Semua orang yang telah bergelar pekerja mesti ada entitle cuti tahunan kan??? Dan cuti tahunan berbeza-beza ikut company…Ada company yang ikut bulat-bulat Employment Act 1955 untuk pembahagian cuti tahunan…Company saya?? Haruslah special sikit…Satu bulan bekerja entitle satu hari cuti…Kiraan ialah 12 hari, 18 hari dan 25 hari…Kerja kurang setahun ikutlah bulan…Nak terangkan nanti ada pula yang pening dan terkeliru dengan pembahagian cuti…

Bila dah ada cuti, memang normal kan hati macam meronta-ronta tak puas hati kalau tengok cuti terbiar begitu sahaja…Jadi, cari alasan untuk ambil cuti…Saya sebagai seorang staff yang jaga cuti pekerja yang lain, boleh dikatakan setiap 2 hari ada borang cuti yang sampai kat meja saya…Yang menariknya bila record cuti, saya akan lihat bahagian “REASON”…Jom, saya kongsikan alasan paling femes bila mintak cuti….

1: HAL PERIBADI….Alasan ni dikira paling selamat bila mintak cuti…Yela, takkan la bos nak tanya apa tu hal peribadi kan?? Sebabnya “peribadi” tu da jadi macam umum…Jadi, memang takde hal kalau mintak cuti guna alasan ni…Walaupun mungkin dia sebenarnya nak pergi dating ngan kekasih hati yang kerja di lautan badai yang Cuma boleh balik 6 bulan sekali…Eksited la nak pergi tunggu kat port dengan perasaan berbunga-bunga….

2: FAMILY VACATION….Dah nama vacation kan, haruslah cuti yang diminta tu berdurasi panjang…Yela, mana ada orang pergi bercuti pagi, petang dah leh balik kan?? Alasan ni femes masa cuti sekolah….

3: DAFTAR ANAK MASUK SEKOLAH….Yang ni kebanyakan applicable untuk staf wanita yang sudah berkahwin of course….Jarang tengok bapa-bapa yang ambil cuti untuk ni…Bapa tunggal yang membela anak mungkin….Femes masa hujung tahun dan awal tahun…Bayangkan baru hujung bulan 11 dan submit cuti awal Januari tahun hadapan….

4: PERKAHWINAN….Bukan dia yang nak kawen…Tapi, sepupu sebelah mak dia, anak buah dia, anak sedara ayah dia dan etc…Ada satu kes staf sanggup letak jawatan hanya kerana bos tak approve cuti 5 hari nak attend sepupu dia kawen…Punya lah sanggup…Haishhh….

5: EMERGENCY LEAVE….Alasan ni menarik…Kalau annual leave rules kena apply at least 7 hari sebelum, emergency leave tak perlu…Cuma inform aritu EL, bila datang kerja balik just isi form untuk rekod…Sub alasan EL biasanya KERETA ROSAK, PERIOD PAIN, ANAK TAK SIHAT...Padahal mungkin hanya sebab semalam tengok bola sampai kul 4, 5 pagi, jadi bila bangun je tengok jam dah pukul 8.30 padahal kena masuk ofis kul 8.00 pastu jarak umah ngan ofis ialah 45 min plusplus jammed lagi, memang EL ialah the best solution…Ofis saya fleksible…Masuk lambat, balik pun kena la lambat untuk cover balik…Tapi, tak boleh lambat lebih satu jam….

6: TAK BAGI REASON LANGSUNG…..Yang ni parah….Nak amik cuti tapi tak taw nak letak alasan apa…Sebab baki cuti tahunan masih banyak, maka bos pun approve jela…Cuti korang, hak korang la ye tak???

Sebenarnya, tak kisah la apapun alasan korang untuk mintak cuti…Nasihat saya, EL tu janganlah amalkan selalu…Bukan apa, takut nanti prestasi kerja korang akan terjejas…Bila prestasi dah kurang, maka ia tak langsung akan effect jumlah penerimaan bonus tahunan…Hehehehhee….

Thursday, June 28, 2012

SATU JUTA SATU HARI


Assalamualaikum….

Korang ialah seorang bujang dan pekerja makan gaji yang berpendapatan RM 2000 sebulan….Dan gaji korang bulan-bulan bukan buta-buta je leh simpan sampai cukup bulan…Tu pun kalau nasib baik sampai cukup bulan…Kalau kereta rosak, girlfriend tetiba merengek-rengek nak kan teddy bear bajet nak jadi comel berperangai childish, memang kene mintak advance la jawabnye…

Tapi……..

Cuba bayangkan di satu pagi yang nyaman selepas hujan lebat malam tadi, tetiba korang dapat satu panggilan telefon yang mengatakan ada satu makhluk ni yang dah buang tebiat tetiba nampak korang sangat kasihan taktala bermuka muram lepas tengok kertas baki akaun dah tinggal RM 3.63 padahal baru 15hb nak bagi korang RINGGIT MALAYSIA SATU JUTA….Dengan syarat korang mesti habiskan duit tu dalam masa satu hari sahaja…Apa agaknya korang nak buat??? Satu juta dalam masa satu hari…

Kalau saya yang diberi peluang once in a lifetime camtu, saya akan……

1: Menjerit sekuat hati like there’s no one else there but me….Gila, ada orang sebaik ni rupanya yang masih wujud……Sebab nak kena habiskan dalam masa satu hari, haruslah kena amik EL…hahahahha…..

2 : DREAM HOUSE…..Dream House untuk saya takdelah besar mana pun…Cukup setakat ada ruang yang lengkap…Yang pentingnya luas…Dan yang paling penting mesti ada satu bilik untuk aku letak all my collectibles item kat dalam tu…Saya ada satu tabiat pelik di mana saya kadang-kadang akan jadi macam budak umur 5 tahun yang suka Happy Meals free toys…TOTAL AMOUNT SPEND = RM 400, 000….BALANCE RM 600, 000…

3: DREAM CAR….Cita-cita aku tak tinggi mana…Memang seronok bila tengok orang bawak kereta mewah…Tapi, mahal tak semestinya selesa….Sape tanak pakai bawak kereta BMW ke MERCEDES ke kan….Tanya aku, cukuplah sekadar TOYOTA ESTIMA je…Sekarang aku pakai GEN2 yet tetap jadi pilihan long and short distance travel….Kenapa aku pilih ESTIMA??? Sebab it’s 7 / 8 seater MPV yang ekonomikal...AMOUNT SPEND = RM 200, 000…BALANCE RM 400, 000….

4: PTPTN….Haaa, yang ni kalau tak bayar memang confirm kena kejar ngan PTPTN…Lagipun, kan dah ada Satu Juta, tak luak mana pun kalau bayar hutang tu ye tak??? Pinjaman aku dulu RM 48, 000….Tapi, sebab dah plusplus ngan charge etc dah jadi RM 60, 000…Ok fine, kena bayar charge perkhidmatan….AMOUNT SPEND = RM 60, 000…BALANCE RM 340, 000…

5: SPEND ON RETAILING BUSINESS…Dah ada orang nak bagi Satu Juta with no reason, macam tak patut plak nak bazirkan camtu je…Baik terus ubah hidup…Lagi pula, bila ada lovely cosy bungalow, drive prestige MPV tetiba pegi kerja parking kat rumput luar company??? Tak pasal LHDN plak yang kejar korang….Dah kena bayar tax plak…Hahahahaha….

6: SPEND ANYTHING ON PARENTS….Mak ayah kita satu je dalam dunia…Walaupun mak atau ayah kita kawen lain, kita tetap ada satu mak satu ayah….Bayangkan berapa banyak yang diaorang dah korbankan dan spend untuk kita sampai kita jadi macam sekarang…Jadi, tak salah kan kalau sesekali kita treats diaorang plak the same way diaorang treats kita….Trust me, korang tak mustahil akan nampak ada air mata yang mengalir kat wajah diaorang….AMOUNT SPEND = PRICELESS…

Bagi saya, hanya ini yang ada dalam fikiran saya kalau miracle ni jadi…Tapi, bila fikir-fikir balik, kalau betul benda ni jadi, mesti ada syarat tersirat…Contohnye orang tu bagi korang duit yang dia rompak kat bank ke…Tanak dia sorang je masuk jel, dia libatkan korang skali….Sedangkan kita yang nak earn 2000 per month ni pun siksa, ini kan yang jutawan kaya-raya tu….Lagipun, cuba tanya diri sendiri, bahagia ke kalau cuma ada duit juta-juta tapi secubit senyuman pun payah nak terukir….

Fikirkanlah….

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum....


-Now tell me how could I update my blog??? hehehhe, bye....-

Wednesday, June 20, 2012

MAKAN FAV : SNEK BERKHASIAT…


Assalamualaikum….

Saya seorang yang tak suka pergi keluar makan sorang-sorang…Bosan mungkin…Atau mungkin sebab makan beramai-ramai lebih seronok lagi-lagi ditambah dengan gossip-gosip hangat…Mungkin….Lagipun, ofis saya takde kantin macam ofis lain…Tskkk…Makanya, saya jadi makin malas nak membazirkan minyak kereta semata-mata nak makan tengahari….Tapi, saya sangat percaya dan yakin juga ada ramai yang macam saya….Penyelesaiannya??? 

 
Taraaaa….Ini lah makanan tengahari faveret saya…Tuna Spread LIGHT Snacky Pack….Kenapa pula harus perkataan LIGHT tu di CapsLock kan ye tak??? Sebab LIGHT membawa maksud kurang lemak…Jadi, tak perlu risau sekiranya kamu sedang berdiet dan risau kalau makan sardine kat ofis balik umah berat dah bertambah….Variety pun banyak…Masa saya tengok kat Tesco haritu de ORIGINAL, SALMON DAN LIGHT…Kalau saya terlepas pandang yang lain tu nasib sahaja la ye?? Hehehehehe….

Sebab namanya Snacky Pack, harganya juga haruslah nak kene lebih kurang macam harga keropok kat kedai…RM 3.69 untuk 85g Tuna Spread dan 36g cracker pada saya sangat berpatutan…Cara menyediakan pun sangat mudah….

 Cuma buka tetibe ada sudu kat dalamnya~tipu~


 Dan sapu tuna atas biskut tu…

Pastu leh la dimakan….

Snack Rate ( ingat cite wayang je ada rate?? ) : 4/5….Satu sebab dia tuna dan saya sangat suka makan benda yang serupa cam sardine…Dua sebab harganya murah…Tiga sebab crackernya ialah biskut masin which is dah lama saya tak jumpa atau saya tak rajin beli…Empat sebab lepas makan saya kenyang…Negatif satu ialah sebab saya rasa 12 keping cracker tak cukup, wuwuwuwu….




Tuesday, June 19, 2012

CINCIN DI JARI....


Assalamualaikum…

A : Eh, awak dah kawen eh??
B: Apasal plak??
A: Yela, awak pakai cincin..Orang dah kawen je pakai cincin

Korang pernah tak dapat soklan camni bila korang pakai cincin especially cincin emas??? Saya selalu…Tapi, selalu tu dah jadi biasa…Bila dah jadi biasa, dah terbiasa iyekan aje…Seingat saya, mak saya memang suruh anak perempuan dia pakai barang kemas…Bukan sebab nak menunjuk-nunjuk…Tapi, sebab nak nampakkan anak dia tu perempuan…Lagi-lagi saya…Hehehehe…

Dulu saya pernah pakai cincin belah rotan….

 Yang Ini….

Masa tu saya belajar lagi kat kolej..Kebetulan, saya dengan niat suka-suka mengubah status FB saya kepada ENGAGED…Dan kebetulan juga, semasa saya menukar status tu, saya sedang berada di kampung saya dan saya tidak hadir ke kuliah beberapa hari selepas itu…Tahu-tahu sahaja 1 kuliah sibuk bertanyakan betul ke saya dah bertunang, dengan siapa, bila…Tambah menguatkan lagi, mereka pernah nampak saya pakai cincin belah rotan yang biasanya untuk orang yang dah dipinang…

Tapi, sebab saya tak kesah pun kalau orang nak cakap saya ni dah kawen ke, da macam mak orang ke maka saya biarkan soalan tu…Biarlah, mulut orang bukan boleh ditutup pun…Dan saya rasa sebab tu la sampai sekarang orang ingat saya dah kawen…Hanya sebab saya pakai cincin di jari saya dan sebab saya banyak letakkan gambar saya dengan anak buah saya….


 Dua-dua nampak macam anak saya kan??? Haruslah sebab ni anak buah saya yang real...Memang la ada iras-iras macam saya gak, hakhakhak.....Sampai sekarang saya masih lagi pakai cincin di jari saya....Bukan salah kan kalau tak kawen tapi pakai cincin??