Wednesday, May 16, 2012

Boogeyman....

Assalamualaikum......

Semalam aku MC....buat kali pertama dalam tahun 2012....woahhh, rasa macam rare je....Sebabnya, aku pening kepala....lagipun, malam isnin aritu mak aku ada cakap yang anak buah aku tak sihat.....

yes, i'm talking bout this cute fairy princess......seingat aku la, da lebih seminggu kot dia demam tak baik-baik.....hairan, takkan la ubat sekarang makin takleh pakai kot kan???

Da alang-alang aku MC, aku bawak mak ngan akak aku yang tetibe EL pegi umah budak ni....disebabkan perasaan masih percaya pada keupayaan kerajaan, maka hantar gi klinik kerajaan....free meyh, sape takmo ye tak??TAPIIIII, tak baik-baik jugak....

Ok, here it is.....Kitaorang ada seorang sedara yang ada kebolehan merawat demam berpanjangan budak-budak secara tradisional....yela, sometimes, kepercayaan kuno pun perlu diguna pakai....The result, dia cakap this cutie nama panjang kemain kene "ketegur"....atau dalam bahasa moden kat Amerika sana "boogeyman phase".....

Boogeyman ni sebenarnya khayalan kanak-kanak yang dikatakan muncul dalam several bentuk dan rupa...means, no specific appearance....yang pastinya buruk....kids, lebih-lebih lagi yang baru belajar nak berkomunikasi akan wujudkan satu imiginasi atau dunia dia sendiri....Sebab tu jugak, masyarakat dulu percaya kanak-kanak ada keupayaan nampak benda-benda halus....

Penah dengar orang cakap budak kecik cakap takde bohong punya??? sebabnya, diaorang on certain level of age akan nampak benda yang kita tak nampak....Ouh, kanak-kanak disini bermaksud yang berumur kurang dari 4 tahun...yang masih belum cukup akalnya untuk bezakan buruk baik.....

Tapi, jangan risau....benda ni consider as normal....lama-kelamaan ia akan hilang sendiri...Bagi yang penah tengok cerita boogeyman ni mesti ingat kan macam mana makhluk yang tinggal dalam almari dan bawah katil ni muncul...Dalam filem, bila budak kecik ni dah keluar dari imiginasi yang dia cipta, maka "kawan"nya akan bertukar menjadi monster yang menakutkan yang akan menghantui hidup budak tu.....SERAM kan???

Parents, lepas ni please la jangan nak terlebih cuak bila dikala tengah malam yang sunyi anak kecil anda tiba-tiba menjerit "mama, takutlah...ada hantu kat pokok tu.." ataupun bila dia tengah leka main, dia akan cakap "jangan kacau, nanti kita bagitaw ayah.." padahal dia tengah main sorang-sorang.....

Sebagai orang islam, kita banyak-banyak la berdoa dan sembahyang....agama lain pun mesti ada cara sendiri macam mana nak elakkan benda-benda ni....yang paling penting wahai parents-parents muda sekalian, dengar sikit bila orang tua bagi nasihat....jangan nak ikut kepala kaw je....

-Zaman berubah maju...tapi, mungkin ada yang akan kekal...renung-renungkan dan selamat beramal-

No comments:

Post a Comment