Tuesday, May 29, 2012

A TO Z TOP GOOGLE MALAYSIA SEARCH…


Assalamualaikum….

Hari ni aku nak share kat korang A to Z top google search….Bila aku cakap top, maksudnya domain itu yang akan first appear kat google search…Contohnya bila korang taip huruf “A” sahaja maka domain berkenaan akan muncul….

 
A- AIRASIA.COM….Syarikat penerbangan tambang murah kat Malaysia…Tak hairan bila airasia jadi top search…Sebabnya airasia memang banyak buat advertisement tak kisahlah kat paper ke, kat tv ke, online tak payah citer lah kan?? Lagipun, pada aku, website airasia ni macam user friendly sikit… Website umpama kita pergi walk-in counter yang mana setiap pertanyaan kita memang akan dilayan dengan sepuas hati…

 
B- BERITA HARIAN ONLINE...Ini ialah online news yang memang sangat fofular kat Malaysia ni…Berita kat sini selalunya memang umum dan agak tepat…Maksudnya, korang akan tengok kurang berita yang tak patut ada dalam surat khabar kat dalam ni…No wonder ramai syarikat memilih Berita Harian sebagai bahan berita utama untuk dilanggan…

 
C- CIMB CLICKS….Perkhidmatan perbankan…Kalau tak salah aku, kerajaan membayar gaji pekerjanya melalui CIMB…Kalau aku tak salah la…Amaun permulaan untuk membuka akaun simpanan di CIMB juga sangat murah iaitu RM 10 sahaja…Takde kene mengene ngan topik tapi aku saje je nak bagitaw korang, hahahhaha…

 
D- DIGI ALWAYS THE SMARTER CHOICE…Memang la yellow creature tu selalu follow orang macam toyol gemuk yang berbaju sendat….Aku penah switch to Digi tapi sebab ada masalah teknikal sikit bila orang call tak layan pula tu, maka aku tamatkan perkhidmatan selepas sebulan…Tapi, aku suka sebab boleh layari internet tanpa had hanya untuk RM 1 sehari…awesome giler….

E- EBAY…Laman jual beli lelong Malaysia…Caranya mudah…Satu produk akan dilelong pada jangka masa tertentu dan pembida yang paling hebat akan dapat beli barang tu dengan harga yang dibida..Jika bertuah, bolehlah dapat jam berjenama dengan harga RM 1… Aku penah cuba bidaan produk RM 1 tapi tak ikuti pun apa keputusannya…Ngee…

 
F- FACEBOOK…Tak perlu kot aku nak explain much on this…Cukuplah dengan berita penyenaraian IPO nya dalam Stock Market…Sapa tak kenal facebook kan?? Ada?? Kesian, hahahaha….Walaupun baru sahaja dilancarkan pada tahun 2004, pengguna yang mempunyai akaun berdaftar di facebook ialah seramai 901 juta orang sehingga April 2012 dan separuh darinya ialah pengguna yang melayari laman facebook melalui aplikasi mudah alih...

G- GOOGLE TRANSLATE…Walaupun kadang-kadang engine translate ni bagi translation yang mengarut, nyatanya ramai yang rely on this engine untuk cari maksud perkataan…Sebenarnya korang kena bijak guna engine translate ni..Contohnya jika translate ENGLISH-MALAY biasanya translation yang keluar tu datangnya dari bahasa Indonesia…Jadi, pandai-pandailah korang pula nak translate jadi Bahasa Melayu yang korang faham...

H- HOTMAIL…E-mel under control of Microsoft…Aku tak pernah guna hotmail ni sebabnya masa aku first time buat email, akak aku dah setup kan yahoo mail…Google mail untuk account blogger….Jadi, aku tak nak bias sangat review produk yang aku tak try lagi…

 
I- iPROPERTY….See, lebih fames dari mudah.my… Iklan kat sini aku suka…Sebabnya kita boleh narrowkan lagi search criteria kita…Tapi, kadang-kadang penjual atau agen jarang update list sampai iklan yang dah terjual still ada lagi dalam tu…How sad...

J- JOBSTREET…Laman pencari kerja….Free to register dan mudah nak cari kerja…Tapi, pada pendapat aku, kalau korang nak carik kerja, just refer on this tapi try to email personally to the company…Sebabnya, 1 job post selalunya akan ada lebih dari 100 application…Syarikat aku juga pernah gunakan jobstreet sebagai agen untuk dapatkan worker….Quiet ok, tapi depend gak la kat bos company tu...

 
K- KOSMO ONLINE…Berita yang sesuai untuk orang yang suka hiburan…Berita masyarakat juga….Masa entri ni ditulis tajuk utama berita ialah Sultan Johor menang bidaan pendaftaran WWW 1 yang bernilai RM 520,000… Hebat, nothing to say…Berita mengenai blogger juga banyak tersiar kat kosmo...

L- LHDN…Bulan pembayar cukai sibuk isytihar pendapatan…Kat radio pun banyak berita ingatkan pembayar cukai isytiharkan pendapatan masing-masing….Aku tak masuk dalam ini cerita sebab aku belum kena cukai lagi…hehehhehe…

M- MAYBANK2U…Ini aku ada dalam cerita…Lagi-lagi 5hb, memang ini laman utama yang aku akan view…Nak tengok gaji dah masuk ke belum, wahahahha….Tapi, aku macam nak tahu gak sejauh mana securednye guna maybank in banking system sebab kebanyakan penipuan internet gunakan akaun maybank..Ataupun mereka cuma sengaja nak burukkan nama maybank...

 
N- NARUTOGET…Peminat animasi Naruto pasti ramai kan kat Malaysia ni…Pada yang tak tahu, website ni all abaout Naruto ada dalam ni…Kiranya website yang dibina khas untuk peminat tegar Naruto yang kadang-kadang termissed episod kat tv..Aku penah tengok citer ni masa episode 1 je…Tu pun sebab masa tu Naruto ni kecik lagi, comel giler…Pastu dah tak layan dah, bek layan citer oogy dan lipas comel tu…

O- OH BULAN…Laman gossip dan berita terkini artis… Oh my, kenapa lah aku selalu takde masa nak lawat laman ni??? Tapi, yang aku tahu laman ni selalu jadi rujukan kalau ada orang nak buat satu berita pasal artis…

 
  P- PTPTN…Sejak iklan raya pasal PTPTN tu, aku rasa ramai yang guna modal iklan tu wat alas an bagi duit raya dalam amaun yang kecil…Pasal apa aku tak tahu la…Untung jadi dewasa sekarang sebab nak pinjam PTPTN tak perlu ada akaun SSPN..Sekarang dah kena ada…Aku macam takleh bayangkan camne student Malaysia nak survive bayar segala yuran pengajian kalau PTPTN tak ada…Jenuh, tu je yang aku boleh cakap…

 
Q- QATAR AIRWAYS MALAYSIA…Bukti kita memang ada kaitan rapat ngan Negara Arab…Kan??

R- RHB…Satu lagi perkhidmatan perbankan kat Malaysia ni…Aku tak pernah ada akaun kat rhb..In future maybe…Mana lah tahu kalau syarikat aku lepas ni bayar gaji guna rhb ke kan??Nak explain lebih, aku plak macam kurang pengetahuan....hahahha...




S- SAPS(Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)….Eh, korang nak tahu, aku pun baru je tahu website ni wujud..Ni I guess penting la kot untuk golongan pendidik…Sebab aku bukan cikgu dan tak ada keluarga cikgu, adapun sedara jauh maka aku tanak review banyak pasal ni…Mungkin ada cikgu yang nak comment pasal ni…

T- TWITTER…Mari kita bertwit-twit…Aku ada satu soklan…Kenapa twitter guna ikon burung??? Ye, sebabnya burung kan banyak cakap…Tak benti-benti pula tu…Burung juga berhijrah…Jadi, mudahlah nak sampaikan berita…Zaman dulu pun orang guna burung jadi posmen…So sad, aku belum ada kesempatan nak open akaun twitter...Rasa macam ketinggalan zaman pula...Tskk...

U- UiTM….Kebanyakan blogger yang aku nampak diaorang study kat UiTM…Rasanya sebab kos pengajian media kat sana memang berkesan dalam mendidik pelajar untuk jadi lebih menyerlah..Dalam kata lain, bukan sahaja melalui teori, malah di dunia nyata juga…Syabas UiTM..

 
V- VOLKSWAGEN…Jenama kereta yang eksklusif standing dengan BMW dan MERCEDES…Apa lagi dengan lagenda Volkswagen Kuning berjalan tanpa pemandu yang 90 % rakyat Malaysia aku rasa dah tahu..Tapi, kalau korang tetap setia pada kereta buatan Malaysia, anggap sahajalah Vanila Coklat ialah top search in google...haihh korang ni, tahu lah Izara Aishah itu comel dan Aiman Hakim tu hensem smart...

W- WWW.FACEBOOK.COM... Facebook once again….Wahai mereka-mereka yang belum mempunyai akaun facebook, silalah berbuat demikian…Mana tahu korang dapat jumpa member masa tadika dulu ke, orang yang kiss korang depan pagar tadika pastu korang balik nagis-nagis ke…Mana lah tahu kan?? Jika jumpa, bolehlah balas dendam ke, wakakakaka….

X- XE…Foreign exchange and currency website…Selalunya orang pergi bank je nak check currency change rate kan?? Ni website yang bagi rate secara umum…Maksudnya korang yang terlibat dalam forex business tu bolehlah rujuk kat sini…Tapi, yang kerjanya kena selalu buat money remittance tu eloklah check dengan bank yang korang berurusan tu...Lebih selamat...

 
Y- YOUTUBE…Amik kaw Yahoo, kalah kat Youtube…hahahahaha….Bukti kenapa Youtube popular?? Tengok sahaja berapa ramai artis Malaysia yang serlahkan bakat kat Youtube..hey, even Justin Bieber talent discovered on Youtube tahu??? Dan kalau korang perasan, setiap video yang korang upload kat web, secara aoutomatiknya akan di based on Youtube…Tak caya pegi try…

Z- ZEDGE…Buat mereka yang selama ni hanya rely on rapidshare atau mobile9 untuk download ringtone, bolehlah try zedge pula…Konsepnya sama dengan mobile9…Cuma ringtone yang ada hanya lah lagu international..Takde lagu Nera Hatimu Milikku yang akan dijumpai disini…In future maybe…Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun juga dinasihatkan jangan nak selalu sangat view website ni…Tak baik untuk otak korang…Dah 18++ baru leh gi visit ye??

p/s: namanya juga A TO Z, haruslah nak kena panjang lebar….ye tak?? Jangan marah….Sekian sahaja...




No comments:

Post a Comment