Friday, June 1, 2012

ALKISAHNYA HARI JUMAAT….


Assalamualaikum….

Harini hari jumaat…Selalunya hari jumaat akan berjalan macam biasa…Tapi tidak hari ini…Hari ni ialah hari jumaat 1 jun 2012 yang sangat-sangat bizi untuk saya….Haihhh, tu la, selalu seronok kan dok ofis tak buat apa-apa takde keje sangat kan???

Alkisahnya bermula di satu pagi jumaat yang hening, seorang budak kena bawak kete ayahnya pergi keje…Padan muka dengan budak tu, bawak kete bajet pemandu F1 yang bila kereta rosak benti je kat pitstop….Bukan salah apa kalau kena bawak kereta bapak, tapi, yang bermasalahnya ialah kereta ayah saya budak tu 4WD yang takleh bawak laju nanti ikon “check engine” tu nyala…Tambah masalah lagi bila terpaksa berdepan ngan pemandu yang orang lain punyalah kejar masa nak punch card awal dengan harapan dapat banyak bonus tahun ni dia boleh rilex je bawak 40km/h…

 -yup, he's/ she's the one i'm talking bout-

Punyalah slownya dia bawak kete sampai saya budak tu sempat capture gambar ni?? Sabar jela, orang pakai baju kurung tak leh bersikap kurang sopan ye tak???Pulak tu, sesampai sahaja di ofis, kepala tiba-tiba berpusing….Sebabnya…



 
Ish3, meja sapa la ni...Teruk bukan meja kerja saya budak tu.??? Silap-silap pak manti juga boleh menetap kat sini tanpa budak tu sedar…Ni baru 30 % dari pandangan asal, belum lagi yang dibawah meja dan sebagainya...


 
-haihh, bagaimana selesaikan masalah ni??-

Nasib sahaja budak tu agak bijak..Ehem…Maka budak itupun ambil pensil 2B jenama Stabilo (pehal nak bagitaw jenama segala kan?? ) dan conteng-conteng ikut suka dia….



 
-terhasil lah ini-

Hambik kaw, tanak panjang lak listnye kan?? Tak penah budak tu ada keje banyak camni dalam satu hari…Dalam sejarah budak tu tak ngadap pc selama 4jam berurut-turut…Dasyat bukan?? Tapi, hairannya budak tu sempat plak taip entri ni….Haihh budak, budak…Masa entri ni ditulis iaitu pada jam 1340hrs, apa kata kita tengok keadaan meja budak tu…

Nauzubillah, ni kalau bakal mama mertua kaw nampak ni cik rose, maunye dia reject kaw terus…Hahhahahaha…Eleyh, ni kira ok la, meja member-member ofis aku lagi bersepah dari ni rilek je dia tido masa office hour..Eh…

Sebenarnya kerja saya takdelah sebanyak ni pun…Yang jadikan banyak ialah sebabnya esok ialah hari cuti umum(yay) dan isnin pula saya akan bercuti…Pasal tu la bos saya suruh siapkan kerja harini…Betul, jadi Kesumberan Kemanusiaan ni takde banyak benor kejenye…Tak caya??



 
-muka riang katenye-

Lihat sahaja cik rose…Rilek aje dia walaupun keje melambak…Yang pentingnya walau sebanyak mana pun kerja korang, make sure korang tahu nak bahagikan masa untuk siapkan keje tu..Mesej buah hati boleh tunggu, online FB, TAGGED blablabla pun boleh tunggu…Ingat, kerja kita sumber rezeki kita, jangan sia-siakan…

Akhir kata ( da macam masuk perbahasan kan wakakakaka ), selamat hari jumaat dan selamat bercuti panjang….

p/s: I’m going to east cost this weekend, yahuu…Hopefully everything will goes well and ends well, aminnn….*excited*

No comments:

Post a Comment